Skop Tugas

August 13th, 2017

Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

1. Pengerusi  

— Mengerusi setiap mesyuarat serta mengawasi perjalanan kelab.

— Merupakan jurulatih kelab ini.

— Merancangkan segala latihan bagi ahli kelab ini.

2. Naib Pengerusi

— Membantu pengerusi dalam hal kelab dan mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

3. Setiausaha 

— Mencatatkan minit mesyuarat.

— Menyediakan laporan tahunan/penggal kepada guru penasihat.

— Mencatatkan kehadiran ahli dan menyediakan kad keahlian

— Merekodkan semua aktiviti.

— Menguruskan segala surat-menyurat.

4. Penolong Setiausaha 

— Menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan ini semasa ketidaan setiausaha .

5. Bendahari 

— Memungut segala bayaran ahli.

— Menyimpan akaun persatuan .

— Merancang dan bertanggungjawab ke atas segala perbelanjaan kelab.

— Meyediakan Penyata Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung.

6.Wakil Tingkatan

— Memberitahu ahli pesanan daripada pengerusi

— Bersedia memberi bantuan kepada ahli jawatankuasa pada bila-bila masa.

  • Comments(0)

Comments are closed.