Constitution

August 13th, 2017

Perlembagaan Kelab Bola Jaring 

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

1. Nama dan Alamat 

 a) Nama Kelab : Kelab Bola Jaring 

 b) Alamat : SMJK Perempuan China Pulau Pinang, 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.

2. Tujuan 

2.1 Kelab ini bertujuan memperkenalkan permainan bola jaring kepada para pelajar.

2.2 Melahirkan minat pelajar tentang permainan ini.

2.3 Meningkatkan kecekapan dan keupayaan pelajar.

3. Keahlian 

3.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah ini seperti yang disyaratkan oleh pihak sekolah.

3.2 Semua ahli diwajibkan menghadir/mengambil bahagian dalam segala bentuk aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini.

3.3 Ahli mesti mematuhi segala arahan pengerusi/jurulatih .

3.4 Jika ahli menarik diri dari menjadi ahli, wang yurannya tidak akan dipulangkan

4. Pentadbiran 

4.1 Kelab ini diketuai oleh empat orang guru penasihat iaitu dua orang guru dari sesi pagi dan dari sesi petang .

4.2 Ahli Jawatankuasa

4.3 Pemilihan Ahli Jawatankuasa mestilah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan .

4.4 Ahli Jawatankuasa baru adalah dipilih oleh jawatan lama .

4.5 Mereka terdiri daripada :

       a) Pengerusi

       b) Naib Pengerusi

       c) Setiausaha

       d) Penolong Setiausaha

       e) Bendahari

       f) Ahli Jawatankuasa

       g) Wakil Tingkatan

5. Kewangan 

     Ahli dikehendaki membayar yuran pendaftaran RM1 .

6. Mesyuarat 

6.1 Mesyuarat Tahunan hanya sah apabila 2/3 dari ahli-ahli hadir.

6.2 Ahli mesti mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan dengan lancar.

6.3 Mesyuarat Agung diadakan untuk :

     a) Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Lepas .

     b) Menerima dan mengesahkan laporan kewangan.

     c) Menerima perlembagaan apabila diperlukan.

     d) Menbubarkan Jawatankuasa lama.

     e) Memilih ahli-ahli jawatankuasa baru.

7. Penyertaan aktiviti luar

     Semua aktiviti luar mesti melalui dan diluluskan oleh pihak sekolah dan mendapat kebenaran ibu bapa .

8. Perlembagaan 

     Pindaan kepada perlembagaan ini boleh ditukar pada bila-bila masa yang diperlukan atas nasihat guru penasihat kelab.

 

  • Comments(0)

Comments are closed.